Tuesday, June 23, 2009

Ekspedisi 1: Masjid Madinah, Kuching






Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menghidupkan kita setelah Dia mematikan kita sementara malam tadi. Ya! tidur waktu malam itu umpama satu kematian. Kematian sementara.Dalam kesempatan dan waktu yang dikurnia Allah, masih lagi dapat meneruskan ibadah. Lanjutan ekspedisi yang bermula semalam dari Kuala Lumpur ke Kuching, subuh ini dapat bersolat berjemaah di Masjid Bandaraya Kuching.





Masjid yang di iringi dua bahagian pusara, di kiri dan kanannya pasti mengingatkan kepada kematian yang pasti datang. Entahlah! jika masih tak ingat mati jika menyinggah di masjid ini setiap waktusolat. Rasul bersabda, "Cukuplah kematian sebagai peringatan."

Seusai solat yang hanya sebaris (itupun tidak penuh dan renggang safnya!) sempat saya bertegur sapa dengan ahli jemaah. Seorang sahabat baru, Tuan Haji Jamali membertahu saya, inilah masjid yang tiada namayang khusus, hanya dikenali sebagai Masjid Bandaraya Kuching. Saya lantas nyatakan..inilah Masjid Madinah. bukankah Madinah tu maksudnya bandar...


oppss..ekspedisi diteruskan..lepas ni bergerak ke SMK Tebuan Jaya, Kuching.

Monday, June 22, 2009

Kelebihan berekspedisi



1.Bermusafir menurut anjuran Allah SWT di dalam Al-Qur'an mendapat pahala dan hikmah yang besar.

2.Bermusafir (berekspedisi), melancong, melawat ke tempat-tempat yang bersejarah merupakan salah satu fitrah semulajadi manusia yang menyeronokkan.

3.Ia juga adalah amalan orang-orang soleh zaman dahulu atau disebut sebagai da'bussolehin.



4.Berdasarkan fitrah, program ekspedisi ini yang disulami dengan kuliah motivasi dan sebagainya, dapat membantu membangunkan akal, jiwa dan fizikal dalam soal pembinaan insan masyarakat.

  • Kekuatan akal terbina dengan berfikir, kuliah, pembacaan dan penelitian.

  • Jiwa dibangunkan dengan iman, melalui latihan sabar menghadapi masalah dalam perjalanan, merasai lemahnya seorang hamba Allah dll.


  • Fizikal - terbina melalui aktiviti-aktiviti makrufat. Musafir melatih diri cekal, tahan lasak dan bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam perjalanan.
5.Menjimatkan masa kerana sebahagian besar kuliah diadakan dalam perjalanan.

6.Pensyarah dan fasilitator akan sentiasa bersama peserta sepanjang program. Ini memberi peluang interaksi yang lebih antara peserta dengan pensyarah.

7.Peserta tidak jemu kerana suasana dalam perjalanan yang berubah-ubah memberi kesan yang menyegarkan minda.

8.Latihan penghayatan syariat hidup Islam praktikal. Sebagai contoh: Apabila masuk waktu solat, rombongan akan singgah di masjid. Semua peserta akan bersembahyang bersama-sama, makan, ziarah, bergaul dan lain-lain.

9.Dalam ekspedisi, peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan berkelah jika ada masa terluang. Peserta akan terhibur dan tidak rasa dipaksa dalam melakukan sesuatu amal.

10.Manusia akan lebih mudah mengingati sesuatu perkara/ilmu jika ada peristiwa yang berlaku ketika itu. Oleh itu ekspedisi adalah teknik yang paling sesuai untuk tujuan tersebut.